TEMPAHAN/BOOKING

Maklumat lanjut dan tempahan!!!
Sila hubungi telefon Hajah Latifah 60199913054 untuk tempahan dan maklumat lanjut
For Registration/Booking/ Information please call 6019991354

Sunday, August 11, 2013

Saturday, August 10, 2013

Khasiat Buah Tembikai



Abu Daud dan Tarmizi meriwayatkan Bahawa Nabi Muhammad S.A.W memakan buah tembikai bersama kurma masak dan telah bersabda yang maksudnya;

" Buah kurma itu panas dan disejukkan oleh buah tembikai"

Banyak hadith yang menceritakan kedua buah tersebut yang tidak sahih kecuali hadith di atas.

Tembikai yang masak adalah menyejukkan dan manis. Buah ini baik untuk mencuci perut dan menghindarkan penyakit. Buah tembikai lebih mudah hadam berbanding timun dan makanan-makanan lain. Oleh itu, tembikai boleh digunakan untuk menyejukkan badan ketika badan rasa panas. Tetapi jika sejuk kita lebih baik makan halia untuk mencegah buruk kesejukkan itu kepada badan.

Tembikai sepatutnya dimakan sebelum makan makanan berat seperti nasi. Antara kelebihan ia dimakan dahulu kerana ia menghilangkan loya. Kajian perubatan juga menunjukkan makan tembikai sebelum makan makanan berat, akan mencuci perut dan menghindarkan penyakit.

(Diterjemah daripada buku "Healing with the Medicine of the Rasulullah S.A.W by Imam Ibn Qayyim Al-Jauziah)

Tuesday, April 24, 2012

Atur Cara Majlis Lawatan Pelajar-Pelajar Dari International Technical College. Chiba, Japan

Pelajar-pelajar dari International Technical College. Chiba, Japan akan mengadakan lawatan ke Gugusan Felda Mempaga, Bentong, Pahang pada 15 hingga 17 Jun akan datang. Tujuan lawatan mereka ialah untuk melihat sendiri kehidupan rakyat Malaysia, khususnya para peneroka. Selain itu mereka diharapkan mendapat pengalaman secara lansung (live) bersama masyarakat luar negara kerana selama ini mereka hanya mendapat maklumat daripada alam maya (internet) sahaja.

Berikut ialah jadual lawatan mereka itu nanti:

15/06/2012 (Jumaat)
- 10.00 am : Ketibaan rombongan dan dibawa terus ke SK Mempaga 1
- 11.30 am : Majlis Penyerahan Anak-Anak Angkat
- 12.30 pm : Majlis Makan Tengah Hari Bersama Ibu Bapa Angkat
- 1.00   pm : Bergerak ke rumah ibu bapa angkat
- 5.00   pm : Lawatan sekitar Mempaga

16/06/2012 (Sabtu)
-  9.00  am  : Lawatan ke kebun nangka dan makan nangka
- 12.00 am : Melawat kawasan ternakan kambing dan ikan air tawar
- 1.00  pm  : Makan tengah hari
- 5.00  pm  : Sukaneka bersama belia
-  9.00 pm  : Persembahan Kebudayaan

17/6/2012 (Ahad)
9.00 am : Lawatan ke Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah
12.00pm: Berkelah di Air Terjun Chamang
3.30  pm : Majlis Perpisahan
5.00  pm : Berangkat pulang ke Kuala Lumpur

HMAI

Sunday, April 22, 2012

Punirah mahu pulih segera daripada masalah penglihatan

Punirah mahu pulih segera daripada masalah penglihatan
BENTONG - Seorang wanita yang tinggal di Kampung Bukit Piatu, dekat sini, tidak sabar menjalani pembedahan mata kiri bagi membuang katarak yang dihidapinya.
Punirah Basiron, 57, berkata, dia bakal menjalani pembedahan mata di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSAS) pada 2 Mei nanti. baca lagi

Wednesday, April 18, 2012

Welcome to Mempaga, Malaysia Homestay!



Tanaman kelapa sawit adalah sumber utama di Felda Gugusan Mempaga. Tanaman ini merupakan sumber ekonomi Malaysia yang utama.

Wednesday, April 11, 2012

Felda Gugusan Mempaga Banyak Tarikan

Felda Gugusan Mempaga hanya 30km dari  Bentong. Berlatarkan suasana perkampungan  felda, Persatuan Homestay Mempaga menjemput anda merasai suasana hidup bersama peneroka dan mengunjungi tempat-tempat berhampiran. Sila hubungi telefon Hajah Latifah 0199913054 untuk tempahan dan maklumat lanjut.